CARIAN PANTAS
Pertandingan Asia-pacific 3MT 2019
Brisbane, 4 Oktober 2019 – UPM adalah antara dua universiti Malaysia yang mewakili Malaysia untuk menyertai pertandingan 3 Minute Thesis (3MT) 2019. Sebanyak 58 peserta dari universiti di seluruh Australia, New Zealand dan Asia telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini telah diadakan di University of Queensland (UQ) Brisbane, Australia.
Dua orang peserta yang mewakili Malaysia adalah Pamilia A/P Lourdanathan dan Nurfatimah Mohd Thani. Pamilia A/P Lourdanathan merupakan pelajar IIUM yang mewakili bidang Sains Sosial dan membentang tajuk “Youth and HIV: The Right to Well- Being”. Nurfatimah Mohd Thani dari UPM pula, mewakili bidang Kejuruteraan, memberi pembentangan bertajuk “Sweet Success with Subcritical Water”.
Pertandingan 3MT telah dilancarkan pada tahun 2008 di UQ untuk memberi peluang kepada pelajar peringkat Doktor Falsafah (PhD) untuk membentangkan penyelidikan mereka dalam masa 3 minit dengan menggunakan 1 slaid. Cabarannya adalah untuk menyampaikan maklumat yang rumit secara berkesan dan menarik kepada panel juri dan penonton.
Pertandingan Three Minute Thesis Peringkat Kebangsaan 2019
Institut Pengajian Siswazah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI telah menganjurkan Pertandingan Three Minute Thesis Peringkat Kebangsaan 2019 pada 25 Jun 2019 bertempat di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Tanjung Malim, Perak. Pertandingan ini merupakan program kerjasama dengan Majlis Dekan Pengajian Siswazah (MDPS). Bagi penganjuran kali ini, UPSI telah dipilih sebagai pengajur utama pertandingan, manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bertindak sebagai penganjur bersama.
Pertandingan Three Minute Thesis merupakan pertandingan komunikasi penyelidikan yang dibangunkan oleh Queensland University, Australia pada tahun 2008. Dalam pertandingan ini, pelajar peringkat Doktor Falsafah (PhD) diberi masa selama tiga (3) minit dengan hanya menggunakan satu slaid pembentangan untuk membentangkan pidato penyelidikan mereka. Mereka perlu membentangkan idea dan penemuan penyelidikan mereka dengan ringkas dan padat dengan cara yang menarik kepada penonton dari latarbelakang yang berbeza.
Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Sains dan Teknologi, Kejuruteraan dan Sains Sosial. Seramai 58 peserta daripada 21 buah universiti telah membentangkan pidato mereka. Peserta yang terlibat merupakan pelajar PhD dari universiti awam dan universiti swasta yang menjadi ahli bersekutu MDPS. Seramai 15 orang juri professional yang terdiri daripada juri akademik dan juri industri telah dilantik bagi mengadili pertandingan ini. Pemenang Hadiahutama utama bagi pertandingan ini ditaja oleh syarikat Springer Nature.
Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori yang di pertandingkan.
KATEGORI | NAMA | KEPUTUSAN | INSTITUSI |
---|---|---|---|
Kejuruteraan | Nurfatimah Binti Mohd | Winner | Universiti Putra Malaysia (UPM) |
Saznizam Sazmee Sinoh | 1st Runner Up | Universiti Malaya (UM) | |
Indera Shaiful Baharudin | 2nd Runner Up | Universiti Teknologi MARA (UiTM) | |
Sains dan Teknologi | Wan Fatein Nabeila Wan Omar | Winner | Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) |
Nor Asyikin Mohd Tahir | 1st Runner Up | Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) | |
Eleen Dayana Mohamed Isa | 2nd Runner Up | Universiti Teknologi Malaysia (UTM) | |
Sains Sosial | Pamilia A/P Lourdunathan | Winner | Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) |
Hiran Shanake Perera-W. A. | 1st Runner Up | Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) | |
Norzayana Binti Yusof | 2nd Runner Up | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pemenang Utama
KATEGORI | NAMA | KEPUTUSAN | INSTITUSI |
---|---|---|---|
Sains Sosial | Pamilia A/P Lourdunathan | CHAMPION | Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) |
Sains dan Teknologi | Wan Fatein Nabeila Wan Omar | 1ST RUNNER UP | Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) |
Dua pelajar terbaik dari 9 pemenang ini akan ditaja oleh Springer Nature untuk bertanding di 2019 Asia-Pacific 3MT Competition di University of Queensland pada Oktober 2019.
Pertandingan 3MT Asia-Pacific di University of Queensland, Australia 2018
Brisbane, 29 September – Pelajar UPM PhD dari Fakulti Kejuruteraan, Yasmin Mustapha Kamil dinobatkan sebagai pemenang Pertandingan 3MT Asia-Pasifik 2018. Yasmin mengalahkan 58 peserta lain dari Australia, New Zealand dan Asia.
Yasmin juga dipilih sebagai pemenang “People’s Choice Award” dalam pertandingan peringkat akhir itu. Pertandingan peringkat Asia-Pasifik itu diadakan di University of Queensland dan memperolehi geran perjalanan untuk penyelidikan bernilai AUD1000. Ini adalah tahun kedua berturut-turut bahawa seorang pelajar universiti dari Malaysia telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu.
Pembentangan yang menjuarai pertandingan itu bertajuk “Detektif Denggi”. Penyelia Yasmin ialah Dr. Muhammad Hafiz Abu Bakar dari Fakulti Kejuruteraan.
Pertandingan 3MT mula dilancarkan pada 2008 di University of Brisbane sebagai cara untuk pelajar membentangkan penyelidikan mereka dalam masa 3 minit hanya menggunakan 1 slaid. Cabarannya adalah menyampaikan maklumat yang rumit secara berkesan dan menarik kepada panel juri dan penonton.
Yasmin membawa pulang hadiah bernilai AUD6000 berbentuk geran perjalanan untuk penyelidikan. Acara itu bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang.
Pertandingan 3MT Peringkat Nasional di Universiti Teknologi Petronas 2018
Kebiasaannya disertasi mengandungi lebih daripada 50,000 patah perkataan dan akan mengambil masa berjam-jam untuk membentangkannya. Bagaimana jika anda hanya ada 3 minit? Seorang pelajar Universiti Putra Malaysia telah memenangi kategori “Best of the Best” dalam pertandingan Tesis 3 Minit (3MT) pada tahun ini.
Yasmin Mustapha Kamil, seorang pelajar PhD berumur 29 tahun dari Fakulti Kejuruteraan telah mengalahkan 61 peserta lain yang mana kesemuanya dari 22 universiti tempatan. Pertandingan itu dianjurkan di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak pada June 27, 2018 yang lalu.
Pembentangan yang menjuarai pertandingan itu bertajuk “You can no longer hide from us now, Dengue!”. Penyelia Yasmin ialah Dr. Muhammad Hafiz Abu Bakar dari Fakulti Kejuruteraan.
Pemenang itu telah memenangi wang tunai RM1,500 dan sekeping sijil. Yasmin akan mewakili Malaysia dalam pertandingan Tesis 3 Minit peringkat antarabangsa di Brisbane, Australia pada September 27, 2018 yang akan datang.
Yasmin juga telah memenangi tempat pertama dalam kategori kejuruteraan dengan mendapat wang tunai berjumlah RM1,500 dan sekeping sijil.
Peserta kedua dan ketiga dari UPM ialah Clement Wong Kiing Fook dan Nor Tutiaini Ab. Wahid dengan pembentangan 3MT bertajuk “Going Bananas! The Frantic Tug-of-War Between Microbes” dan “You Asked For It! Problem Posing Instructional Strategy (PPIS)”, diselia oleh Dr. Dzarifah Mohamed Zulperi dan Dr. Othman Talib.
Yasmin menyampaikan pembentangan 3MT bertajuk “Dengue Detective”
Yamin menerima anugerah sebagai pemenang Pertandingan 3MT Asia-Pasifik 2018
Dari kiri: Prof. Dr. Robiah, Dekan Sekolah Pengajian Siswazah (UPM)
dan Yasmin Mustapha Kamil
Yasmin Mustapha Kamil memenangi kategori “Best of the Best” dalam
pertandingan Tesis 3 Minit (3MT) Malaysia 2018
Yasmin Mustapha Kamil memenangi hadiah pertama dalam kategori kejuruteraan
Peserta-peserta 3MT: (Dari kiri) Nor Tutiaini Ab. Wahid, Yasmin Mustapha Kamil
dan Clement Wong Kiing Fook