CARIAN PANTAS
PROJEK PENYELIDIKAN: PEMBANGUNAN PELAN HALATUJU PENGAJIAN SISWAZAH MALAYSIA 2016-2025

PROJEK 1: PROJEK PENYELIDIKAN: PEMBANGUNAN PELAN HALATUJU PENGAJIAN SISWAZAH
MALAYSIA 2016-2025

PEMEGANG TARUH:
BAHAGIAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN AKADEMIK (BPPA)
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TEMPOH: 2015 – 2016

Projek    Penyelidik/IPT
KETUA PROGRAM/PENGERUSI STEERING COMMITTEE:
PROFESOR DR. FAUZIAH AHMAD (USM)

Projek 1: Amalan Pengurusan Program Pengajian Siswazah  

1.    Profesor Dr. Mahzan Arshad (UPSI)  – Ketua Projek
2.    Profesor Madya Dr. Siti Halijah Shariff (UiTM)
3.    Profesor Datin Dr. Norhanom Abdul Wahab (UM)
4.    Profesor Madya Dr. Abu Bakar Musa (UNITEN)
5.    Profesor Dr. Abdullah Embong (UMP)
6.    Dr. Nawawi Seroji (UiTM)
7.    Profesor Madya Dr. Jane Labadin (UNIMAS)

Projek 2: Pelaksanaan Semasa Pengajian Siswazah Di Malaysia    

1.    Profesor Dr. Andanastuti Muchtar (UKM) – Ketua Projek
2.    Profesor Madya Dr. Romlah Jaffar (UKM)
3.    Profesor Madya Dr. Zulkifilie Ibrahim (UTeM)
4.    Dr. Adlina Ariffin (UIAM)
5.    Profesor Madya Dr. Zuhaina Zakaria (UiTM)
6.    Profesor Dr. Safian Sharif (UTM)
7.    Dr. Faizal K.P. Kunchi Mohamed (UKM)
8.    Dr. Hasrina Mustafa (USM)
9.    Dr. Ashinida Aladdin (UKM)

Projek 3: Cabaran Dan Halatuju Pengajian Siswazah Di Malaysia    

1.    Profesor Madya Dr. Aminah Md. Yusof (UTM) – Ketua Projek
2.    Profesor Dr. Zaidatun Tasir  (UTM)
3.    Profesor Dr. Fauziah Ahmad (USM)
4.    Profesor Dr. Mustafa Mamat (UNISZA)
5.    YBhg. Profesor Datin Dr. Mariam Abd. Latip (UMS)
6.    Profesor Dr. Bujang Kim Huat (UPM)
7.    Profesor Dr. Ishak Ahmad (UKM)
8.    Profesor Madya Dr. Fadzil Hassan (UTP)

Projek 4: Pelan Halatuju Pengajian Siswazah Malaysia 2016-2025    

1.    Profesor Dr. Fauziah Ahmad (USM)- Ketua Projek
2.    Profesor Dr. Zaidatun Tasir  (UTM)
3.    Profesor Madya Dr. Siti Halijah Shariff (UiTM)
4.    Profesor Madya Dr. Aminah Md. Yusof (UTM)
5.    Profesor Dr. Mahzan Arshad (UPSI)
6.    Profesor Dr. Bujang Kim Huat (UPM)
7.    Profesor Dr. Andanastuti Muchtar (UKM)
8.    Profesor Madya Dr. Zulkifilie Ibrahim (UTeM)
9.    Profesor Datin Dr. Norhanom Abdul Wahab (UM)
10.    Profesor Dr. Abdullah Embong (UMP)
11.    Encik Roslan Ismail (USM) – Setiausaha

RINGKASAN EKSEKUTIF:

Malaysia mendokong wawasan untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Sehubungan dengan itu, usaha giat dijalankan untuk menyediakan tenaga kerja berminda kelas pertama serta masyarakat berilmu. Meningkatkan bilangan penduduk yang mempunyai kelayakan akademik tertinggi dilihat sebagai satu strategi kearah Negara berpendapatan tinggi. Sasaran 60,000 pemegang PhD pada 2023 dilihat memberi impak yang ketara kepada pengajian pasca siswazah di Malaysia. Galakan dan insentif yang diberi di Malaysia telah berjaya meningkatkan bilangan pelajar pasca ijazah dalam sistem pendidikan di Malaysia. Buktinya pada 2011, seramai 7,318 pelajar telah mendaftar sebagai pelajar PhD di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia. Diperingkat sarjana pula, kemasukan mencatat 26,021 (2011) dan 24,557 pelajar pada 2010. Angka ini merangkumi pelajar antarabangsa yang menjadikan Malaysia destinasi pengajian yang menarik berbanding Negara lain.  Dijangkakan IPT berhadapan dan akan terus berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam menyokong dan membantu pencapaian sasaran ini. Ini dilihat lebih signifikan dengan meningkatnya keperluan mengimbangi kuantiti dengan minimum standard yang digariskan oleh Agensi Kelayakan Malaysia serta badan yang berkepentingan lain. Kajian ini merupakan inisiatif dibawah Majlis Dekan Pengajian Siswazah Malaysia (MDPS). Ia bertujuan membangunkan Pelan Halatuju Pengajian Siswazah Malaysia 2016-2025. Dalam usaha ini, kajian amalan dan perlaksanaan semasa pengurusan pengajian siswazah di Malaysia akan dijalankan. Ini dikuti dengan kajian mengenalpasti cabaran; dalaman atau luaran yang dihadapi oleh pemegang taruh pengajian siswazah di Malaysia. Fokus spesifik akan diberi kepada cabaran yang dihadapi oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Dapatan kajian akan digarap untuk menghasilkan “Roadmap Pengajian Siswazah Malaysia disamping mengambilkira pelan pendidikan yang disediakan seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) yang akan dilancarkan pada 2015.

TOP OF PAGE

COPYRIGHT © 2019 MAJLIS DEKAN PENGAJIAN SISWAZAH, IPTA · UPM WEBTEAM